salam . olla aku kembali menyemak kat etri nih lagi , terlalu bosan sebab tak tahu nak buat ape , ini sajelah yang boleh aku buat hihi .
memang aku suka sangat take picture , kalau boleh sediakan khas PHOTOGRAPHER untuk aku hahaha perasan retis aku nih hah . ''class kau jah !'' hahahah
hari apa yang aku nak ceritakan dan cuba kongsikan yek , hmm berfikir menunggu MENTOL AJAIB berlampu di atas kepala menunjuk dah dapat idea hihi ( terpengaruh sgt tengok cerita kartun :D)
ape yang aku nak ceritakan yelah pasal kehidupan aku selama in bermula dengan perkataan USANG mungkin boleh di kenali dengan perkataan '' BURUK'' apa yang menarik dalam cerita aku nih yelah pae yang bermula dalam hidup aku yang tak ramai orang tahu .
Dari rumah ku yang usang aku membesar dengan kasih sayang seorang keluarga , dengan itu juga aku menghargai hidup aku bahawa tak semsesti nye dengan rumah usang ku ini aku akan hidup susah selamanye . Hati ini memberontak ''TAK MAHU'' semua ini tetapi apa kan daya rumah usang ku ini sahaja lah menjadi tempat berlindung , tidur dan tinggal :)
Dari bilik usangku lah aku mempunyai sebuah bilik belajar sendiri , hati yang seronok . di hias dengan cita rasa sendiri , mungkin orang lain tak kan pernah selesa tapi bagi aku ia bagaikan syurga :)
Dari kipas usang ku yang di pasang di bilik ku , aku belajar bahawa barang yang masih boleh berguna walapun ia agak susah untuk berfungsi , ada sahaja yang rosak tetapi dengan apa cara pun Abah akan betul kan demi keselesaan anak-anak nya :)
Dari TV yang usang aku menonton semua cerita yang aku suka walaupun ia agak lama dan kecil tetapi ia berfungsi dengan baik , ade seketika sahaja ia akan meragam mungkin penat berkhidmat kami sekeluarga :) Dengan Tv usangku juga kami sekeluarga menonton tv bersama dan bergelak tawa . Ada niat untuk menukar baru tetapi ada sahaja yang lebih penting selain itu semua .
Dari Almari usangku aku menyimpan segala pakain yang baru mahupun yang lama , bagi orang lain perlu di tukar tetapi bagi emak ia masih boleh diguna :)
walaupun ia usang ia lah tempat kami meletak segala pakain .
Dari Dapurku yang usang aku memasak dan menyediakan makan untuk semua , walaupun keadaanye tidak berapa baik , kami sentiasa menjaga nye dengan sebaik mungkin , di hidang makan di atas meja usang ku , yang tidak kukuh untuk berdiri , sehinggalah abah memaku nye untuk mengukuhkan ia semula , tapi ia menjadi kebiasaaan kami , tiada yang perlu di rungutkan :)
Bagi aku tiada apa yang senang bermula dengan kebahagiaan tetapi ape yang senang pasti bermula daripada yang kesusahan, dengan itu walau ape pun yang terjadi akan ku tukar segala yang USANG itu kepada yang BARU :)
amin *









No comments:
Post a Comment